pesanan Rasulullah. s.a.w........

Rasulullah tegaskan untuk mudah menghafal ilmu, maka harus menjaga 5 perkara:
  • mengerjakan solat malam meskipun 2 rakaat
  • sentiasa dalam keadaan wuduk
  • bertakwa kepada Allah sembunyi atau terang
  • niat makan untuk bertakwa, bukan untuk hawa nafsu
  • selalu bergosok gigi

Pesanan buat sahabat seperjuanganku!


salam alaik....

Sempena kedatangan imtihan yang bakal menguji keampuhan fizikal dan rohani kita, diharapkan sahabat-sahabat seperjuangan dapat menghadapi dengan tenang dan gembira... Semoga segala usaha yang dipahatkan sepanjang satu semester ini dapat menambah ganjaran pahala kita disisi Allah s.w.t...insyaAllah.

Ujian yang bakal kita duduki sekadar untuk menguji ilmu kita, untuk kita lihat natijah atas segala penat lelah menghadap buku dan kitab-kitab. Namun yang pasti ujian yang dan natijah yang sebenar adalah ilmu yang ikhlas kerana Allah...samada dihafal tanpa menghayatinya...atau...kita benar-benar mempraktikkannya di alam nyata. Oleh itu sahabat-sahabat, saya 'hadiahkan' sedikit petua menghafal sebahagian amalan para ulama dalam memelihara fikiran yang segar...

(1) Betulkan niat semata-mata kerana Allah s.w.t
(2) Jauhi maksiat
(3) Waktu yang sesuai
-selepas subuh dan 1/3 malam ( 3.00 pagi- 5.00 pagi)
(4) Untuk mentelaah di waktu malam, elakkan makan makanan berat


Da'ie


Bila da'ie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah ditangannya...


Saudaraku,


Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang dai'e berkata-kata tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatinya. Maka waspadalah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu...

JADIKAN DIRI DIBENCI SYAITAN

  1. Baca al-Quran dan amalkan isinya
  2. Azan
  3. Kasihi orang miskin dan anak yatim
  4. Jadilah seorang yang penyayang
  5. Yakinlah pada kebenaran
  6. Taatlah kepada Allah
  7. Makan makanan yang halal
  8. Berkasih,bertemu dan berpisah kerana Allah
  9. Solat berjemaah
  10. Solat tahajud
  11. Elakkan diri dari benda haram
  12. Memberi nasihat dengan ikhlas
  13. Kekal dalam keadaan berwuduk
  14. Murah hati
  15. Menjaga akhlak
  16. Bersedia untuk mati

taubat seorang hamba


"tuhan,
kalau Engkau menerima taubatku

dan mengampuni dosa-dosaku
maka...muliakanlah aku dengan
kefahaman dan hafalan
sehingga aku dapat menghafal
semua yang aku dengar baik ilmu
ataupun al-Quran


tuhanku,

muliakanlah aku dengan suara yang indah
sehingga setiap orang yang mendengar

bacaanku bertambah lembut hatinya
walaupun dia seorang yang keras membatu hatinya"

Wahai pemuda seandainya kamu yakini fikrah ini dan kamu jejaki langkah kami
serta kamu bersama berada di atas jalan yang mulia ini kamu tinggalkanlah
segala
fikrah kamu kecuali fikrah islam kamu wakafkan segala tenaga dan
usaha kamu
untuk akidah yang kamu yakini ini maka semua itu akan
mendatangkan kebaikan
kepada kamu didunia dan akhirat. Tetapi sekiranya kamu
enggan dan memilih untuk
terumbang-ambing dan bersifat serba salah terhadap
seruan islam dan selainnya,
maka ingatlah sesungguhnya tentera Allah akan
menruskan perjalanan tanpa mengira
bilangan sama ada sedikit ataupun ramai
-copy by Mustafa masyur

amalan yang digalakkan bulan syaaban



Amalan-amalan di bulan Syaaban

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.


Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.




Malam Nisfu Syaaban :

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.







Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:





1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr .a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."