Pemuda idamanku

Pemuda impianku...
Ialah seorang muslimin yang beriman
yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah swt
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Pemuda impianku...
ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh

pemuda impianku...
ialah yang sentiasa menghormati ibubapanya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga kehormatan rumahtangga
yang akan mendidik anak isteri mendalami Agama Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

pemuda impianku...
sentiasa bersedia untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah s.a.w
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t keatasnya

Pemuda impianku...
tidak pernah membazirkan masa
yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
yang bangun subuhnya penuh kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh dengan kematangan

Pemuda impianku...
sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang diakhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Pemuda impianku...
Ialah muslimin yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
disitulah rumah impiannya

IslAm PaSti MenanG!

Di saat bumi bergoncang mencari mangsa
Di saat gerakan yahudi menghimpit jiwa
Di saat manusia tidak kenal agama
Di saat tembakan merampas takhta

Di saat itu juga ada yang teguh berjuang
Di saat itu juga syuhada dijulang
Di saat itu juga seluruh umat Islam dikenang
Bersatu tenaga tegakkan Islam yang hilang

Islam pasti menang
Cahayanya sudah mula bersinar
Dalam jiwa setiap hamba
Dan menembusi segenap rahsia

Selamatkan saudara yang tak berdosa
walau dengan rantaian doa
tanda peringatan dan cinta
Tanda kita bersama mereka

Lalu jangan terlupa,
Saat nikmat yang kau kecapi hari ini
Atas rahmat dari Ilahi
Jangan kau lupa untuk terus sujud atas kesyukuran
Jangan kau sedih atas ujian yang ringan

Berbanding kepahitan saudaramu di sana
Yang diratah tanpa dipinta
Yang terpisah dengan keluarga
Yang jihadnya tak mengenal masa

Syukurlah sentiasa...

PERINGATAN PENTING BUAT WANITA !!

Sebagai masyarakat moden yang menuju Negara maju, manusia sering disibukkan dengan tugasan yang berunsurkan keduniaan, segalanya mengharapkan balasan dan ganjaran serta perhatian. Seiring dengan perkembangan zaman, perubahan personaliti dan pemikiran turut sering dijadikan nilaian utama jika ingin terus bermasyarakat dengan teknologi. Sehinggakan pelbagai perkara yang penting di pandang ringan. Pelbagai anasir barat yang masuk merentasi pemikiran umat Islam tidak diambil peduli. Pemakaian, hiburan, pemikiran sering dijadikan rujukan utama. Maka buat wanita akhir zaman berhati-hati dengan perbuatanmu sebelum kamu melangkah. Kerana di bawah ini terdapat rungkaian peringatan buat muslimah moden akhir zaman.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab,

"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan azab mereka yang sangat berat
dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit
sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku
lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab,

"Wahai putriku,
adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak
menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada
suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari
haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan
muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia
memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan
kala jengking padanya kerana ia selalu solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan
pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan
membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Iktibar buat kita wanita akhir zaman, peliharalah kemuliaanmu sebaik mungkin.

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

Assalamualaikum buat dirimu yang bergelar hawa, semoga pagi ini dapat meneruskan ketaatan kepada sang pencipta. Bersyukurlah dirimu di atas limpah rahmatNya yang tidak pernah putus dan padam. Hidupmu selama ini diteruskan di bumi merdeka, nikmat yang kau kecapi saat ini dihayati seiring dengan title Islam, lahirmu di bawah pimpinan nabi Muhammad s.a.w, dan wujudnya dirimu atas dunia ini sebagai ‘lambang’ wanita. Betapa Islam memuliakan darjatnya buat dirimu. Allah s.w.t tidak sekali-kali melakukan peraturan dgn sia-sia, setiap sesuatu yang dirasakan beban ada hikmahnya, hikmah dirimu disuruh menutup aurat, beradab sopan, menjaga akhlak dan suara, hikmah dirimu diciptakan sebagai pembantu bagi insan bernama adam-bukan ketua- dan hikmah dirimu ditaklifkan sebagai seorang ibu yang mengandungkan jua mengalami kesakitan. Akan tetapi setiap sesuatu yang dirasakan ringan pula ada ujiannya. Ujian buat dirimu yang mengaku sesungguhnya hidup dan mati hanya untuk Allah s.w.t sebanyak lima kali setiap hari!


Semoga bingkisan hadis ini dapat menyedarkan kita betapa bertuah ‘pangkat’ yang kita ada hari ini. Moga ia sebagai pemangkin mujahadah kita selepas ini, agar tiada istilah penat, jemu, ketidakpuasan hati, atau hilang semangat saat menjalankan tanggungjawab sebagai muslimah walau dalam sekecil-kecil perkara. Hayatilah pesanan dan warisan ini buat dirimu bergelar muslimah.

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila dipanggil oleh dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.