Pesanan buat sahabat seperjuanganku!


salam alaik....

Sempena kedatangan imtihan yang bakal menguji keampuhan fizikal dan rohani kita, diharapkan sahabat-sahabat seperjuangan dapat menghadapi dengan tenang dan gembira... Semoga segala usaha yang dipahatkan sepanjang satu semester ini dapat menambah ganjaran pahala kita disisi Allah s.w.t...insyaAllah.

Ujian yang bakal kita duduki sekadar untuk menguji ilmu kita, untuk kita lihat natijah atas segala penat lelah menghadap buku dan kitab-kitab. Namun yang pasti ujian yang dan natijah yang sebenar adalah ilmu yang ikhlas kerana Allah...samada dihafal tanpa menghayatinya...atau...kita benar-benar mempraktikkannya di alam nyata. Oleh itu sahabat-sahabat, saya 'hadiahkan' sedikit petua menghafal sebahagian amalan para ulama dalam memelihara fikiran yang segar...

(1) Betulkan niat semata-mata kerana Allah s.w.t
(2) Jauhi maksiat
(3) Waktu yang sesuai
-selepas subuh dan 1/3 malam ( 3.00 pagi- 5.00 pagi)
(4) Untuk mentelaah di waktu malam, elakkan makan makanan berat

0 comments: