1) Sebelum imtihan
-Melazimi solat malam
-Jaga Hubungan dgn Allah mahupun dgn manusia
-Memohon maaf kpd ibu bapa, dan minta mereka doakan kejayaan kita
-Minta maaf kpd guru2 serta mohon keberkatan segala ilmu yg pernah mereka curahkan kpd kita
-Memohon maaf kpd sahabat-sahabat dan org yg ada kaitan dgn kita
-Sentiasa memaafkan org lain
-Elakkan menyakiti perasaan sahabat-sahabat

2) Sebelum masuk dewan
-Pastikan diri dalam keadaan berwuduk
-Lakukan solat sunat sebelum masuk ke dewan exam
-Ulangi apa yang anda telah baca/hafaz sepintas lalu

3)Sebelum menjawab soalan
-Baca Al-Fatihah
-Selawat 3 x
-Baca surah "insyirah" 3x
-Doa dipermudahkan urusan menjawab dan memahami soalan yang diberi
-Baca soalan dgn teliti sebelum menjawab, pastikan memahami kehendak soalan

4) Semasa menjawab
-Mulakan dgn lafaz basmalah
-Jawapan hendaklah ditulis dgn kemas dan tersusun
-Sekiranya terlupa selawat 3x
-Jawab dgn hati yg tenang

5) Sebelum hantar
-Pastikan telah menjawab segala soalan yg di beri
-Semak semula semua jawapan yg telah ditulis

6) Selepas hantar
-Tawakal dan banyakkan doa agar diberi kejayaan
-Abaikan apa yg telah berlalu dan bersedia untuk subjek yg seterusnya

Pemuda idamanku

Pemuda impianku...
Ialah seorang muslimin yang beriman
yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah swt
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Pemuda impianku...
ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh

pemuda impianku...
ialah yang sentiasa menghormati ibubapanya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga kehormatan rumahtangga
yang akan mendidik anak isteri mendalami Agama Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

pemuda impianku...
sentiasa bersedia untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah s.a.w
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t keatasnya

Pemuda impianku...
tidak pernah membazirkan masa
yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
yang bangun subuhnya penuh kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh dengan kematangan

Pemuda impianku...
sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang diakhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Pemuda impianku...
Ialah muslimin yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
disitulah rumah impiannya

IslAm PaSti MenanG!

Di saat bumi bergoncang mencari mangsa
Di saat gerakan yahudi menghimpit jiwa
Di saat manusia tidak kenal agama
Di saat tembakan merampas takhta

Di saat itu juga ada yang teguh berjuang
Di saat itu juga syuhada dijulang
Di saat itu juga seluruh umat Islam dikenang
Bersatu tenaga tegakkan Islam yang hilang

Islam pasti menang
Cahayanya sudah mula bersinar
Dalam jiwa setiap hamba
Dan menembusi segenap rahsia

Selamatkan saudara yang tak berdosa
walau dengan rantaian doa
tanda peringatan dan cinta
Tanda kita bersama mereka

Lalu jangan terlupa,
Saat nikmat yang kau kecapi hari ini
Atas rahmat dari Ilahi
Jangan kau lupa untuk terus sujud atas kesyukuran
Jangan kau sedih atas ujian yang ringan

Berbanding kepahitan saudaramu di sana
Yang diratah tanpa dipinta
Yang terpisah dengan keluarga
Yang jihadnya tak mengenal masa

Syukurlah sentiasa...

PERINGATAN PENTING BUAT WANITA !!

Sebagai masyarakat moden yang menuju Negara maju, manusia sering disibukkan dengan tugasan yang berunsurkan keduniaan, segalanya mengharapkan balasan dan ganjaran serta perhatian. Seiring dengan perkembangan zaman, perubahan personaliti dan pemikiran turut sering dijadikan nilaian utama jika ingin terus bermasyarakat dengan teknologi. Sehinggakan pelbagai perkara yang penting di pandang ringan. Pelbagai anasir barat yang masuk merentasi pemikiran umat Islam tidak diambil peduli. Pemakaian, hiburan, pemikiran sering dijadikan rujukan utama. Maka buat wanita akhir zaman berhati-hati dengan perbuatanmu sebelum kamu melangkah. Kerana di bawah ini terdapat rungkaian peringatan buat muslimah moden akhir zaman.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Baginda menjawab,

"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan azab mereka yang sangat berat
dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit
sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku
lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab,

"Wahai putriku,
adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak
menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada
suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari
haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan
muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia
memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan
kala jengking padanya kerana ia selalu solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan
pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan
membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Iktibar buat kita wanita akhir zaman, peliharalah kemuliaanmu sebaik mungkin.

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

Assalamualaikum buat dirimu yang bergelar hawa, semoga pagi ini dapat meneruskan ketaatan kepada sang pencipta. Bersyukurlah dirimu di atas limpah rahmatNya yang tidak pernah putus dan padam. Hidupmu selama ini diteruskan di bumi merdeka, nikmat yang kau kecapi saat ini dihayati seiring dengan title Islam, lahirmu di bawah pimpinan nabi Muhammad s.a.w, dan wujudnya dirimu atas dunia ini sebagai ‘lambang’ wanita. Betapa Islam memuliakan darjatnya buat dirimu. Allah s.w.t tidak sekali-kali melakukan peraturan dgn sia-sia, setiap sesuatu yang dirasakan beban ada hikmahnya, hikmah dirimu disuruh menutup aurat, beradab sopan, menjaga akhlak dan suara, hikmah dirimu diciptakan sebagai pembantu bagi insan bernama adam-bukan ketua- dan hikmah dirimu ditaklifkan sebagai seorang ibu yang mengandungkan jua mengalami kesakitan. Akan tetapi setiap sesuatu yang dirasakan ringan pula ada ujiannya. Ujian buat dirimu yang mengaku sesungguhnya hidup dan mati hanya untuk Allah s.w.t sebanyak lima kali setiap hari!


Semoga bingkisan hadis ini dapat menyedarkan kita betapa bertuah ‘pangkat’ yang kita ada hari ini. Moga ia sebagai pemangkin mujahadah kita selepas ini, agar tiada istilah penat, jemu, ketidakpuasan hati, atau hilang semangat saat menjalankan tanggungjawab sebagai muslimah walau dalam sekecil-kecil perkara. Hayatilah pesanan dan warisan ini buat dirimu bergelar muslimah.

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila dipanggil oleh dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jihad Pena

Tarikh 3 November semakin ditunggu bagi mereka yg sudah bersiap sedia berjihad dgn mata pena. Namun bagi yang tiada apa-apa persiapan seperti diri penulis sendiri terpaksa juga melangkahkan kaki ke medan peperiksaan. Sejujurnya tiada persiapan yang dibuat untuk menyambut kehadiran final exam, suka atau tidak wajib untuk tempuhi untuk melihat sejauh mana ilmu sepanjang minggu kuliah diluahkan dan diaplikasikan. Walaupun minggu ni adalah “study week” tapi kesibukan dgn homework yg masih berbaki harus dikhatamkan sebaik mungkin, begitu juga dgn seminar yg tak putus-putus bg membangkitkan motivasi diri pelajar agar bersedia sehabis baik. Tak lupa program yg dianjurkan oleh pihak tertentu demi kebaikan bersama-sama, sebelum itu terima kasih buat sahabat-sahabat yang melibatkan saya dalam seminar hafazan baru-baru ni. Sedar atau tidak itulah ‘tiket’ untuk saya memperolehi rahmat dariNya agar mudah proses pembelajaran saya dan didoakan mudah pula saya menghadapi soalan2 yang menyerang saya di dewan exam nanti.

Ramai dikalangan kita yg sering membandingkan diri kenapa tidak memperolehi keputusan yg cemerlang (3.5 ke atas) sedangkan semua usaha telah dicurahkan! nota dah habis ditelaah, buku juga telah dikhatamkan dari kulit ke kulit, dan perbincangan sentiasa dihidupkan, agak-agaknya apa yang kita tertinggal lagi?

Ikhlaskan dirimu wahai sahabat dalam menuntut, ilmu yg kita pelajari ini bukan untuk disimpan sehingga tamatnya final exam nanti, tapi sebagai bekalan kita untuk mengaplikasikan dalam kehidupan realiti, adakah setelah kita memperolehi ilmu tersebut semakin berakhlak hidup kita? ini kerana semakin banyaknya ilmu seseorang itu, semakin tunduk dan tawaduk dirinya terhadap pencipta dan sesama manusia, kerana kita sedar ilmu kita tak setanding dgn ilmu Allah s.w.t yang Maha Luas. Islahkan diri kita kearah yg positif terhadap kehidupan dan orang-orang disekeliling kita. Lihatlah sejauh mana pula penghayatan kita terhadap konsep akhlak, adakah kita hanya berakhlak dengan Allah s.w.t tanpa mempedulikan akhlak kita sesama manusia? atau adakah kita hanya berbuat baik dgn manusia sehingga terlupa pada yg lebih berhak iaitu Allah s.w.t? Hormatilah makhluk Allah s.w.t disekelilingmu, jgn biarkan ada hati-hati yang tersa sakit disebabkan perbuatan dan percakapan kita. Perbaikilah kedua-duanya agar mudah kita memperolehi rahmat dari Allah s.w.t, mudah-mudahan ia dapat membantu kita mencapai kecemerlangan untuk semester seterusnya.

Bantulah sahabat-sahabatmu walaupun diri kita sendiri dalam kesempitan. Di saat-saat ini juga kita bakal melihat siapakah sahabat-sahabat yang berhati mulia, yang sanggup menghabiskan sedikit waktu membantu kita jika terdapat kemusykilan dalam pelajaran, yang sanggup bertukar nota-nota yang diterima atau yang sanggup berkongsi tahdid dari lecturer, sama-sama di dalam senang dan kesusahan kerana inilah caranya untuk kita tahu samaada wujudnya perasaan cemburu dan iri hati kita terhadap orang lain. Dengan membantu orang lain, jiwa kita akan berasa tenang kerana dijauhi dengan sifat individualistik dan kita pula bakal memperolehi kebaikan yang berlipat ganda dari secebis bantuan yang kita berikan, mudah-mudahan kejayaan sentiasa mengiringi kita.

Dan perkuatkan fikiran dan imanmu dgn solat-solat sunat, perelokkan ibadahmu kepadanya. Perbanyakkan solat istikharah dan hajat, agar mudah untuk kita memilih jawapan jika terdapat kemusykilan terhadap soalan exam nanti. Dekatkan dirimu dengannya, kerana Dia yang memiliki segalanya. Ilmu kita, ingatan kita, kepintaran kita, kecemerlangan kita, semuanya datang dariNya. Perkuatkan hubunganmu dengan Allah s.w.t dan kalamNya. Namun Allah s.w.t Maha Mengetahui, janganlah doa dan hajat yang kita pinta hanya setelah kita dalam kesempitan dan perlukan bantuan sahaja, pintalah dengan ikhlas dan secara berterusan waima setelah minggu peperiksaan ini berakhir, agar doa tersebut diperteruskan dan dimakbulkan untuk kejayaanmu di akhirat nanti.

Namun sahabat-sahabat, walaupun segalanya telah kita amalkan namun keputusan kita masih belum di tahap membanggakan, janganlah mudah berputus asa, kerana sesungguhnya akan berjaya orang-orang yang beriman. Itu adalah janji Allah s.w.t. Tingkatkan usaha, kerana hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui jalan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Kita merancang, Allah s.w.t juga merancang, namun hanya Dia yang sebaik-baik perancang. Dan seandainya banyak perkara yang belum dijaga namun kecmerlangan sentiasa milik kita, ingatlah sahabat-sahabat bahawa itulah ujian dari Allah s.w.t. Adakah dengan ilmu setitis yang Dia berikan pada mu itu dibanggakan? Dan apakah manfaat atas anugerah sementara yang Allah s.w.t kurniakan itu? adakah kita gunakan untuk kebaikan agama ataupun untuk mengangkat diri sendiri? sesungguhnya manusia yang terbaik ialah orang yang menuntut ilmu yang bermanfaat walaupun sedikit tetapi mengamalkan ilmu tersebut. Alangkah baik jika ilmu itu dapat memandunya menjadi insan soleh di mata Allah dan masyarakat dan alangkah beruntungnya jika ilmu itu dapat membantu pula manusia lain kearah kebaikan. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN, BITTAUFIQ MAANNAJAH

4 Dzulkaedah

salam 4 Dzulkaedah..buat diri sendiri, buat adik2 n buat sahabat sekalian..Pagi yg indah dgn alunan zikir burung m'buatkan jari-jemari pantas menitipkan sesuatu buat tatapan mata dan hati menjelang exam final yg bakal tiba seminggu lagi..sejujurnya tiada persiapan yg telah saya buat untuk berperang di medan sana, tiada subjek yg saya khatam mahupun skor,berbeza dgn sahabat lain yg saya lihat giat m'buat nota sbgi p'sediaan. Seperti biasa semester ni 3.65 ke atas akan menjadi target sy, ia sbg hadiah kecil buat ibu n ayah, moga semester ni saya turut mampu untuk berikan khabar gembira buat mereka atas result yg cemerlang. Jadi mampukah saya walaupun tiada sedikit pun usaha saya kearah itu.

Minggu2 terakhir kuliah masih terus berjalan dgn rancak, oral, forum masih byk yg belum settle, dan yg paling menarik byk program yg dilaksanakan oleh bdn2 kelab demi memantapkan lagi motivasi diri pelajar. Hari ni ceramah motivasi yg diwajibkan oleh persatuan, diharapkan bakal mengubah personaliti, paradigma, keyakinan dan persediaan utk b'jihad dgn soalan yg menguji minda nnti. Esok pula saya bakal melibatkan diri dgn seminar hafazan, moga ia menjadi 'tiket' kerahmatan dariNya atas masa dan tenaga yg diluangkan buat org lain.

Rahmat atas kebaikan yg kita curahkan buat org lain dgn ikhlas. Ingin saya katakan, inilah antara saatnya utk kita menilai sejauh mana kita dpt membantu sahabat2 dlm kesusahan di saat kita sendiri terhimpit dgn masa. Kebanyakan dr kita sering nafsi2 bila munculnya bulan exam, nota, soalan atau ilmu yg ada kadang2 gagal dikongsi bersama sahabat2 n ada juga sahabat yg inginkan pertolongan kita tatkala kemusykilan ttg sesuatu subjek, namun apa yg kita lihat sikap acuh tak acuh, lepas tgn n sebagainya sering m'jadi alasan kita. Sedarkah anda semua wahai sahabat itu sebenarnya antara 'tiket' kita utk memperolehi kecemerlangan dunia n akhirat? mgkin juga klu anda inginkan anugerah dekan berada digenggaman! SELAMAT BERJAYA