Pemuda idamanku

Pemuda impianku...
Ialah seorang muslimin yang beriman
yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah swt
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Pemuda impianku...
ialah muslimin yang menjaga tuturkatanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh

pemuda impianku...
ialah yang sentiasa menghormati ibubapanya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga kehormatan rumahtangga
yang akan mendidik anak isteri mendalami Agama Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

pemuda impianku...
sentiasa bersedia untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah s.a.w
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t keatasnya

Pemuda impianku...
tidak pernah membazirkan masa
yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
yang bangun subuhnya penuh kecerdasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh dengan kematangan

Pemuda impianku...
sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang diakhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Pemuda impianku...
Ialah muslimin yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
disitulah rumah impiannya

0 comments: