19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

Assalamualaikum buat dirimu yang bergelar hawa, semoga pagi ini dapat meneruskan ketaatan kepada sang pencipta. Bersyukurlah dirimu di atas limpah rahmatNya yang tidak pernah putus dan padam. Hidupmu selama ini diteruskan di bumi merdeka, nikmat yang kau kecapi saat ini dihayati seiring dengan title Islam, lahirmu di bawah pimpinan nabi Muhammad s.a.w, dan wujudnya dirimu atas dunia ini sebagai ‘lambang’ wanita. Betapa Islam memuliakan darjatnya buat dirimu. Allah s.w.t tidak sekali-kali melakukan peraturan dgn sia-sia, setiap sesuatu yang dirasakan beban ada hikmahnya, hikmah dirimu disuruh menutup aurat, beradab sopan, menjaga akhlak dan suara, hikmah dirimu diciptakan sebagai pembantu bagi insan bernama adam-bukan ketua- dan hikmah dirimu ditaklifkan sebagai seorang ibu yang mengandungkan jua mengalami kesakitan. Akan tetapi setiap sesuatu yang dirasakan ringan pula ada ujiannya. Ujian buat dirimu yang mengaku sesungguhnya hidup dan mati hanya untuk Allah s.w.t sebanyak lima kali setiap hari!


Semoga bingkisan hadis ini dapat menyedarkan kita betapa bertuah ‘pangkat’ yang kita ada hari ini. Moga ia sebagai pemangkin mujahadah kita selepas ini, agar tiada istilah penat, jemu, ketidakpuasan hati, atau hilang semangat saat menjalankan tanggungjawab sebagai muslimah walau dalam sekecil-kecil perkara. Hayatilah pesanan dan warisan ini buat dirimu bergelar muslimah.

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila dipanggil oleh dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

0 comments: