salam syawal

Terasa pantas masa berlalu membiarkan setiap satunya mempunyai sejarah dalam kehidupan kita. Begitu jg dengan ramadhan, hari yang sepatutnya kita penuhi dengan amal ibadat sunat dan melipat gandakan pahala. Pada awalnya kita rasakan berpuasa di samping menelaah pelajaran agak sukar, lebih-lebih lagi dilambakkan dengan assignment, presentation yang memerlukan masa yang beminggu2 untuk buat persiapan, dan test. Mata dah mula bengkak, yelah keja2 ni memang memakan masa, mana nak cari maklumat lagi, dah tentu nak buat yang terbaikkan dan….kelas2 ganti yang berganti2.

Kita dah tekad bulan ni nak baiki tahap prestasi kita sebagai muslimah dengan bersungguh2 dan yang pasti mesti ade perubahan. Hari first di kampus kita bersahur dengan meriah, dengan nasi !! dan agak berselera walaupun dalam keadaan perut yang terkejut ( yela sebelum ni puasa sunat pun takde lah sahur beria sgt paling2 lebih dgn roti je), tapi bg meraikan sambutan gembira kita terhadap kedatangan ramadhan thun ni, begitulah keadaannya, dalam sahurkan ada keberkatannya, keberkatan tula yang nak di cari.

Hari berganti hari, tapi rasanya usaha tu makin kurang atau hanya berada ditahap yang sama je! agak2 apa yang kita salahkan?? Ada yang menyalahkan pelajaran yang menggangu fokus kita terhadap ibadah, dengan tidur lambatnya sebab study, macam mana lah kita nak bangun awal untuk berqiamullail dan melipat gandakan ibadah.

Penyesalan yang paling ketara yang rasa2nya boleh diambil iktibar bila berpuasa dlm keadaan busy study ni ialah, firstly jangan salah tafsirkan pengertian ibadah, jangan kecilkan ruang lingkup ibadah. Ibadah bukan sahaja puasa, solat, berzikir n berjihad. Tapi dlm konteks seorang pelajar ialah belajar itu merupakan jihad, di situ kita boleh nilai keikhlasan dan kesungguhan kita, adakah kita memegang tnggungjawab yang diamanahkan oleh Allah, agama dan ibubapa dengan sebenar-benarnya? Dengan membuat yang terbaik dlm pelajaran sehinggakan tak tidur malam dlm menghadapi satu2 kerja pelajaran, sungguh besar rasanya jihad yang kita lakukan disebabkan kesungguhan kita dlm pelajaran dan dlm menuntut ilmu, lebih2 lg berjihad disamping berpuasa

Jadi sahabat2 sekalian, jihad dlm laksanakan t/jawab kita sebagai student dan jihad dlm melawan hawa nafsu kita untuk melaksanakan ibadah solat adalah fokus kita sekarang, jgn rasa menyesal atas perkara yang telah berlalu, yang buruk kita ambil iktibar dan cuba perbaiki, then yang baik kita baikkan lagi. Belajar itu satu tugas yang mulia tapi kalau diselangi dengan kesungguhan lagi tinggi nilainya dan di selaraskan pula dengan ibadah sunat yang berlipat ganda, masya Allah betapa mahal harga natijahnya.

Kesimpulannya, walaupun pada tahun ni Ramadhan sudah tinggalkan kita jgn anggap perjuangan dan usaha untuk membentuk jatidiri sebagai muslimah tergendala, salam syawal.

0 comments: