Jihad Pena

Tarikh 3 November semakin ditunggu bagi mereka yg sudah bersiap sedia berjihad dgn mata pena. Namun bagi yang tiada apa-apa persiapan seperti diri penulis sendiri terpaksa juga melangkahkan kaki ke medan peperiksaan. Sejujurnya tiada persiapan yang dibuat untuk menyambut kehadiran final exam, suka atau tidak wajib untuk tempuhi untuk melihat sejauh mana ilmu sepanjang minggu kuliah diluahkan dan diaplikasikan. Walaupun minggu ni adalah “study week” tapi kesibukan dgn homework yg masih berbaki harus dikhatamkan sebaik mungkin, begitu juga dgn seminar yg tak putus-putus bg membangkitkan motivasi diri pelajar agar bersedia sehabis baik. Tak lupa program yg dianjurkan oleh pihak tertentu demi kebaikan bersama-sama, sebelum itu terima kasih buat sahabat-sahabat yang melibatkan saya dalam seminar hafazan baru-baru ni. Sedar atau tidak itulah ‘tiket’ untuk saya memperolehi rahmat dariNya agar mudah proses pembelajaran saya dan didoakan mudah pula saya menghadapi soalan2 yang menyerang saya di dewan exam nanti.

Ramai dikalangan kita yg sering membandingkan diri kenapa tidak memperolehi keputusan yg cemerlang (3.5 ke atas) sedangkan semua usaha telah dicurahkan! nota dah habis ditelaah, buku juga telah dikhatamkan dari kulit ke kulit, dan perbincangan sentiasa dihidupkan, agak-agaknya apa yang kita tertinggal lagi?

Ikhlaskan dirimu wahai sahabat dalam menuntut, ilmu yg kita pelajari ini bukan untuk disimpan sehingga tamatnya final exam nanti, tapi sebagai bekalan kita untuk mengaplikasikan dalam kehidupan realiti, adakah setelah kita memperolehi ilmu tersebut semakin berakhlak hidup kita? ini kerana semakin banyaknya ilmu seseorang itu, semakin tunduk dan tawaduk dirinya terhadap pencipta dan sesama manusia, kerana kita sedar ilmu kita tak setanding dgn ilmu Allah s.w.t yang Maha Luas. Islahkan diri kita kearah yg positif terhadap kehidupan dan orang-orang disekeliling kita. Lihatlah sejauh mana pula penghayatan kita terhadap konsep akhlak, adakah kita hanya berakhlak dengan Allah s.w.t tanpa mempedulikan akhlak kita sesama manusia? atau adakah kita hanya berbuat baik dgn manusia sehingga terlupa pada yg lebih berhak iaitu Allah s.w.t? Hormatilah makhluk Allah s.w.t disekelilingmu, jgn biarkan ada hati-hati yang tersa sakit disebabkan perbuatan dan percakapan kita. Perbaikilah kedua-duanya agar mudah kita memperolehi rahmat dari Allah s.w.t, mudah-mudahan ia dapat membantu kita mencapai kecemerlangan untuk semester seterusnya.

Bantulah sahabat-sahabatmu walaupun diri kita sendiri dalam kesempitan. Di saat-saat ini juga kita bakal melihat siapakah sahabat-sahabat yang berhati mulia, yang sanggup menghabiskan sedikit waktu membantu kita jika terdapat kemusykilan dalam pelajaran, yang sanggup bertukar nota-nota yang diterima atau yang sanggup berkongsi tahdid dari lecturer, sama-sama di dalam senang dan kesusahan kerana inilah caranya untuk kita tahu samaada wujudnya perasaan cemburu dan iri hati kita terhadap orang lain. Dengan membantu orang lain, jiwa kita akan berasa tenang kerana dijauhi dengan sifat individualistik dan kita pula bakal memperolehi kebaikan yang berlipat ganda dari secebis bantuan yang kita berikan, mudah-mudahan kejayaan sentiasa mengiringi kita.

Dan perkuatkan fikiran dan imanmu dgn solat-solat sunat, perelokkan ibadahmu kepadanya. Perbanyakkan solat istikharah dan hajat, agar mudah untuk kita memilih jawapan jika terdapat kemusykilan terhadap soalan exam nanti. Dekatkan dirimu dengannya, kerana Dia yang memiliki segalanya. Ilmu kita, ingatan kita, kepintaran kita, kecemerlangan kita, semuanya datang dariNya. Perkuatkan hubunganmu dengan Allah s.w.t dan kalamNya. Namun Allah s.w.t Maha Mengetahui, janganlah doa dan hajat yang kita pinta hanya setelah kita dalam kesempitan dan perlukan bantuan sahaja, pintalah dengan ikhlas dan secara berterusan waima setelah minggu peperiksaan ini berakhir, agar doa tersebut diperteruskan dan dimakbulkan untuk kejayaanmu di akhirat nanti.

Namun sahabat-sahabat, walaupun segalanya telah kita amalkan namun keputusan kita masih belum di tahap membanggakan, janganlah mudah berputus asa, kerana sesungguhnya akan berjaya orang-orang yang beriman. Itu adalah janji Allah s.w.t. Tingkatkan usaha, kerana hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui jalan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Kita merancang, Allah s.w.t juga merancang, namun hanya Dia yang sebaik-baik perancang. Dan seandainya banyak perkara yang belum dijaga namun kecmerlangan sentiasa milik kita, ingatlah sahabat-sahabat bahawa itulah ujian dari Allah s.w.t. Adakah dengan ilmu setitis yang Dia berikan pada mu itu dibanggakan? Dan apakah manfaat atas anugerah sementara yang Allah s.w.t kurniakan itu? adakah kita gunakan untuk kebaikan agama ataupun untuk mengangkat diri sendiri? sesungguhnya manusia yang terbaik ialah orang yang menuntut ilmu yang bermanfaat walaupun sedikit tetapi mengamalkan ilmu tersebut. Alangkah baik jika ilmu itu dapat memandunya menjadi insan soleh di mata Allah dan masyarakat dan alangkah beruntungnya jika ilmu itu dapat membantu pula manusia lain kearah kebaikan. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN, BITTAUFIQ MAANNAJAH

0 comments: